SOALAN : Kamu dan rakan kamu telah memancing di sungai. Tanpa diduga, rakan kamu telah tergelincir lalu lemas. Tulis cerita kamu selengkapnya.
Aku dan Hasan tinggal berjiran. Kami berkawan sejak kecil lagi. Hubungan kami sangat akrab. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu memancing ikan.
Pada suatu hari, aku dan Hasan merancang untuk memancing ikan di sungai berdekatan. Setelah menyiapkan semua peralatan seperti joran dan umpan, kami pun bertolak ke lokasi yang ditetapkan. Aku dan Hasan menunggang basikal untuk ke sungai yang terletak di hujung kampung kami.
Setibanya kami di lokasi, aku dapati banyak kanak-kanak sedang mandi-manda di sungai itu. Aku mencadangakan kepada Hasan supaya mencari lokasi yang lebih sesuai dan jauh daripada riuh-rendah kanak-kanak. Kami meletakkan peralatan di bawah pokok, kemudian terus melabuhkan punggung untuk memancing.
Lokasi yang kami pilih memang sesuai. Dalam beberapa minit sahaja, kami sudah berjaya memancing pelbagai jenis ikan seperti ikan talapia, ikan lampam dan ikan puyu.Oleh sebab terlalu asyik memancing, kami tidak sedari hari sudah semakin senja. Ketika bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba pancing Hasan ditarik sesuatu. Hasan cuba menarik pancingnya tetapi tidak berjaya.
Hasan masih terkial-kial menarik pancingnya. Tiba-tiba, Hasan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Dia cuba berenang ke tepi tebing tetapi tidak berjaya kerana arus deras. Aku cuba menghulurkan joranku untuk dicapai olehnya tetapi gagal. Aku segera menjerit meminta tolong apabila melihat Hasan semakin lemah.
Jeritanku didengari oleh seorang pemuda yang kebetulan memancing di lokasi berhampiran. Dia bergegas terjun ke dalam sungai dan menarik Hasan ke tepi tebing. Hasan berjaya diselamatkan. Kami berdua mengucapkan terima kasih kepada pemuda berkenaan. Sejak hari itu, kami berdua lebih berhati-hati apabila memancing di sungai .
BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN
Friday, September 6, 2013
Tuesday, July 30, 2013
KARANGAN UPSR : Ucapan Majlis Perpisahan Tahun Enam.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Zafran bin Faizal Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tambun, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Hadirin sekalian,
Sudah hampir enam tahun kami berada di Sekolah Kebangsaan Serti Tambun ini. Kini, hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum kami meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Oleh sebab itu, dengan berat hatinya kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.
Saya mewakili semua murid Tahun 6 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini. Kami amat menghargai akan jasa kalian yang telah mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan mengira. Pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara akan sentiasa kami ingati.
Hadirin sekalian .
Kami murid-murid Tahun 6 berasa amat bertuah kerana mendapat guru-guru yang begitu berdedikasi di sekolah ini. Hasilnya, pada tahun ini kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Seramai 20 orang murid telah mendapat keputusan 5A dan tidak ada seorangpun yang gagal walaupun dalam satu mata pelajaran. Ini pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan yang cemerlang ini sudah pastinya hasil titik peluh dan rasa tidak jemu guru-guru mendidik kami.
Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Jasa dan pengorbanan guru-guru tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berharap agar guru-guru doakan kami supaya terus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran di sekolah menengah nanti.
Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.Sekian, terima kasih.

Monday, July 22, 2013
KARANGAN UPSR : Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR
SOALAN : Anda akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tersebut.
Taman Tambun Jaya,
14120 Simpang Empat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.
21 Julai 2013
Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini.

Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudari serta keluarga.
Sahabatmu,
.............................
(Afiqah binti Aiman )

Tuesday, June 18, 2013
KARANGAN UPSR ; KEPERIHALAN / GAMBARAN : Berkunjung ke Pameran Buku
SOALAN : Baru-baru ini kamu telah berpeluang pergi ke pameran buku. Gambarkan suasana di tempat pameran buku itu diadakan.
Pada minggu yang lalu, bertempat di Dewan Besar Simpang Ampat Pulau Pinang telah diadakan suatu pameran buku secara besar-besaran. Pameran buku ini berlangsung selama seminggu. Zafran rakan sekelas saya telah mengajak saya berkunjung ke pameran buku tersebut. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas.
Menjelang tengah hari, kami pun tiba di ruang pameran. Saya dapati banyak penerbit buku membuka gerai masing-masing. Ruang pameran penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing sibuk membelek-belek dan memilih buku yang dipamerkan. Banyak ibu bapa membawa anak-anak mereka datang ke pameran tersebut.
Pameran buku ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Pameran buku ini telah disertai oleh 50 buah syarikat penerbit buku dari seluruh negara. Tujuan pameran buku ini diadakan adalah untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu, pameran ini juga memudahkan orang ramai memilih bahan bacaan yang sesuai dan digemari oleh mereka.
Buku-buku yang dijual di pameran ini murah-murah belaka. Pihak penerbit yang mengambil bahagian dalam pameran ini memberi diskaun antara 10% hingga 70% bergantung kepada jenis, kualiti dan tahun buku itu diterbitkan. Antara buku yang dijual ialah buku rujukan, buku cerita, majalah dan buku-buku ilmiah.
Selain pameran buku, pelbagai aktiviti turut diadakan untuk pengunjung yang hadir. Antaranya ialah kuiz, pertandingan melukis, pertandingan mendeklamasikan sajak dan macam-macam lagi. Pelbagai hadiah disediakan seperti buku, sijil dan wang tunai. Banyak kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan melukis. Ibu bapa yang hadir juga terhibur dengan persembahan kebudayaan yang diadakan.
Saya dan Zafran turut membeli beberapa buah buku cerita dan buku rujukan UPSR. Saya dan Zafran menghabiskan masa hampir tiga jam di pameran itu, Ketika kami ingin meninggalkan tempat itu, orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi pameran tersebut.

Saturday, June 15, 2013
KARANGAN UPSR : FAKTA : Disiplin Penentu Kejayaan
SOALAN : Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk 'Disiplin Penentu Kejayaan'.
Anggapan bahawa orang yang berjaya adalah kerana mereka mempunyai pemikiran yang pandai sejak dilahirkan merupakan tanggapan yang silap. Orang yang berjaya sebenarnya mempunyai disiplin mengurus diri yang baik. Apabila pandai mengurus diri, pandailah pula mengurus orang.
Mengapakah disiplin itu dikatakan penentu kejayaan ? Sebenarnya apabila seseorang itu berdisiplin, segala tugasan yang diamanahkan kepadanya, sama ada daripada guru, ibu bapa, dan juga majikan dapat dilakukan dengan sempurna. Jika tidak berdisiplin, biasanya sesuatu kerja atau tugasan akan bertangguh. Kemudian, kerja tersebut akan dilakukan dengan tergesa-gesa. Akhirnya kerja siap tetapi tidak seperti yang diharapkan.
Setiap sekolah pastinya mempunyai murid yang tidak berdisiplin, seperti datang lewat, ponteng sekolah, melawan guru, tidak membuat latihan yang guru berikan dan sebagainya. Cuba kita kaji prestasi peperiksaan mereka. Sudah tentu pencapaian mereka dalam peperiksaan kurang memuaskan berbanding dengan pelajar yang berdisipin.
Mereka yang tidak berdisiplin bukanlah mempunyai otak yang lemah.Kadang-kadang mereka yang tidak berdisiplin ini mempunyai kecerdasan otak yang lebih baik. Akan tetapi, akibat tidak memikirkan masa depan, peperiksaan yang ditempuhi menemui kegagalan.
Jika sifat tidak berdisiplin ini diamalkan hingga dewasa, tiada majikan yang akan memberikan kepercayaan kepada mereka. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, orang ramai tidak akan menghulurkan tali persahabatan. Ramai rakan-rakan dan sanak-saudara akan menjauhkan diri.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa disiplin itu asas kejayaan, bukan sahaja di sekolah, malah di tempat kerja atau dalam masyarakat.Oleh itu, pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah kepada pihak sekolah, perlulah beringat bahawa perjalanan hidup mereka masih jauh. Perjalanan yang jauh ini memerlukan kejayaan dalam pelajaran. Jika tidak berdisiplin, jangan bermimpi untuk meraih kejayaan itu.

Wednesday, May 8, 2013
LAPORAN : Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Soalan : Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlanmgan Sekolah. Sebagai Setiausaha, kamu diminta menulis laporan hari anugerah tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2012, Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zool Azhari. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun.Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Ghazali. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Boria oleh murid tahun 6, persembahan tarian zapin oleh murid tahun 5 dan persembahan deklamasi sajak oleh adik Muhamad Nizam daripada kelas 4 Cemerlang.Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.
Disediakan oleh , 20 OKTOBER 2012
.............................
(ALI BIN AHMAD)
Setiausaha,
Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun

Monday, January 7, 2013
KARANGAN UPSR : AUTOBIOGRAFI
Aku sehelai kemeja.
Namakuku Boss. Aku dilahirkan di sebuah kedai jahit yang terletak di Pulau
Pinang. Badanku dihiasi dengan corak-corak menarik yang dilukis sendiri oleh
tuanku . Selepas aku di lahirkan, aku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak
dan kemudian dimuatkan ke dalam lori. Aku telah di hantar ke sebuah gedung
pakaian di Selangor.
Aku telah dipamerkan di
suatu sudut bersama-sama rakanku yang lain. Tanda harga yang diletakkan pada badanku ialah RM120.00. Aku berasa amat bangga kerana dalam kalangan rakanku,
akulah yang paling mahal.
Banyak orang yang memandangku dan memuji akan
kecantikanku. Namun, tiada siapa yang sudi membeliku kerana hargaku yang agak
mahal. Setelah seminggu aku dipamerkan di situ, aku telah dibeli oleh seorang pemuda
yang bernama Zafran.
Zafran memakaiku pada
suatu majlis keramaian di sebuah hotel. Kawan-kawan Zafran memujiku. Setiap
kali sebelum dipakai, Zafran akan menggosokkan badanku dengan seterika yang
panas. Aku berasa amat seronok kerana tuanku amat menyayangiku dan dijaga
dengan elok.
Pada suatu hari, zafran
telah meletakkan aku di atas katil di biliknya. Seekor kucing telah duduk di
atas badanku.Tanpa disedari, badanku telah terguris dan koyak kerana terkena
kuku kucing yang tajam itu. Zafran tidak mengetahui apa-apa yang berlaku kepada
diriku.
Apabila Zafran datang
dan mengambilku, didapatinya badanku telah terkoyak. Dengan perasaan amat marah
dan kecewa, aku dicampakkan ke hadapan pintu bilik air. Kini, aku dijadikan
sebagai alas kaki sehingga akhir hayatku.
Sunday, January 6, 2013
KARANGAN UPSR (cerita) : Rumah Jiranku Terbakar
Pada suatu petang, ketika pulang dari sekolah, aku ternampak asap tebal berkepul-kepul di udara. Aku segera
berlari untuk melihat apa yang berlaku. Ketika itu aku berasa bimbang kerana lokasi asap tebal itu berdekatan dengan rumahku. Rupa-rupanya rumah Tok Lebai yang terbakar.
Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar
rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai
penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api
tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera
menelefon pihak bomba. Kira-kira 20 minit kemudian, bomba pun sampai ke
tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya
dipadamkan tetapi malangnya rumah Tok Lebai telah pun musnah sama sekali dijilat api.
Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada
litar pintas.Syukurlah kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Tok Lebai dan keluarganya
mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong memadamkan
kebakaran rumah mereka.
Memandangkan Tok Lebai jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Tok Lebai sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di
rumah kami, Tok Lebai selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan
peristiwa pahit yang melanda keluarganya.
Tuesday, November 6, 2012
SOALAN : Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan pertandingan syarahan. Guru kelas kamu telah memilih kamu sebagai wakil kelas untuk menyertai pertandingan tersebut. Tajuk yang diberikan ialah "Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar Secara Bersendirian". Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.
________________________________________________________________________
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Bersendirian.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Berdasarkan hujah-hujan yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa belajar
berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian. Oleh itu, untuk menjadi murid yang cemerlang dalam akademik, belajar secara berkumpulan perlu dijadikan amalan yang terancang.
Sekian, terima kasih.
________________________________________________________________________
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Bersendirian.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Menurut Kamus Dewan, belajar bererti menuntut
ilmu dan menimba ilmu pengatahuan. Manakala berkumpulan pula membawa maksud,
beberapa orang individu berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan sesuatu ilmu
pengetahuan. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa berlajar
berkumpulan adalah sekumpulan individu menuntut ilmu bersama-sama.
Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar tesendiri. Kita pelu memilih kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah. Belajar secara berkumpulan lebih baik
kerana banyak idea dan buah fikiran dapat dikongsikan pada satu-satu masa.
Idea atau pendapat yang diketengahkan itu dapat digabungjalinkan menjadi satu
pendapat yang sangat bernas. Berbeza dengan belajar bersendirian, idea atau
pendapat hanya tetumpu pada seseorang individu sahaja.
Selain itu, belajar berkumpulan dapat membentuk
satu pasukan yang mantap. Pelajar yang lemah boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak. Mereka juga akan dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat. Perkongsian ilmu ini sudah pastinya juga akan mengurangkan kos membeli bahan-bahan bacaan dan latihan kerana pelajar juga boleh berkongsi buku rujukan bersama-sama.
Di samping itu, belajar secara berkumpulan juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Secara tidak langsung akan tersemainya nilai-nilai murni seperti bejkerjasama, tolong-menolong dan setiakawan.Ini kerana kerja berkumpulan
diistilahkan sebagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Segala susah
dan senang dalam kumpulan akan dihadapi bersama-sama.
Belajar secara berkumpulan juga dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri. Ini dapat mewujudkan persainagn lebih sihat dalam kalangan murid. Secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar. Murid-murid akan lebih berdisiplin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai impian.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Sekian, terima kasih.
Monday, November 5, 2012
SOALAN : Kamu akan menyertai suatu pertandinagn syarahan di sekolah. Tajuk syarahan tersebut ialah "Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum". Sediakan syarahan itu selengkapnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum".
Hadirin yang dihormati,
Kokurikulum dapat didefinasikan aktiviti yang dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti kokurikulum melibatkan pelbagai aktiviti seperti unit beruniform, permainan dan persatuan. Antara unit beruniform yang ada ialah pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan sebagainya. Manakala Persatuan pula terdiri daripada Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Matematik, persatuan Sains dan sebagainya.
Kegiatan kokurikum sangat penting kepada murid-murid. Sekiranya mereka aktif dalam kegiatan kokurikulum, mereka dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pengalaman kendiri yang tidak dipelajari di dalan kelas. Contohnya pengetahuan dan pengalaman berkaitan perkhemahan dan sebagainya.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga menjadi medan kepada guru-guru mencungkil bakat murid-murid untuk diketengahkan dalam pelbagai pertandingan. Secara tidak langsung, murid-murid juga memperoleh manfaatnya kerana mereka boleh mengembangkan lagi potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum juga dapat mengelakkan mereka daripada membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Juga dapat mengelakkan mereka daripada bergaul dengan kacang hantu. Secara tidak langsung akan dapat mengekang mereka daripada melakukan gejala negatif seperti merempit, dadah, vandalisme, gensterime dan sebagainya.
Hadirin yang dihormati,
Berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan, jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum sangat penting dan membawa kebaikan kepada murid-murid. Saya menyeru kepada rakan-rakan agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum kerana banyak faedah yang akan kita peroleh.
Sekian, terima kasih.
Thursday, October 4, 2012
KARANGAN UPSR : Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa
SOALAN : Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu bapanya. Berikan pendapat kamu, cara-cara yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua orang tua kita.-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.
Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Tuesday, July 31, 2012
KARANGAN UPSR (fakta) : Faedah Memanfaatkan Perpustakaan
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.
Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh
dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.
Saturday, July 28, 2012
KARANGAN UPSR (syarahan) Faedah Makan Buah-buahan Tempatan
SOALAN : Kamu akan menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberikan ialah "Faedah Makan Buah-buahan Tempatan". Tuliskan teks syarahan kamu itu selengkapnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah makan buah-buahan
tempatan’’.
Para hadirin yang dihormati,
Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah rambutan, manggis, durian, tembikai dan sebagainya. Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari
dalam negara kita. Dusun-dusun buah-buahan dimerata tempat di negara kita ini membekalkan pelbagai jenis buah-buahan yang bermutu tinggi. Buah-buahan tempatan didapati
lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak
dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara.
Selain daripada
itu, harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan
dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan
berbanding buah-buahan yang diimport.
Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara.
Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara
seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan
buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi
mutunya.
Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat
banyak faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil
buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani, seterusnya menjana perkembangan ekonomi negara kita.
Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan
kita.
Sekian, terima kasih.
Thursday, July 26, 2012
KARANGAN UPSR (syarahan) "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid"
SOALAN : Kamu akan menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid". Tulis syarahan itu selengkapnya.Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid".
Hadirin Sekalian,
Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih.Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah pertandingan kelas terbersih. Selain dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria, usaha ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid.
Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah murid-murid tidak wajar meletakkan tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata. Sebagai murid, kita perlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh pekerja itu terlalu luas. Oleh itu, tidak salah jika kita turut sama membantu mereka.
Segala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah disediakan di dalam setiap kelas. Sebagai murid yang bertanggungjawab, segala kotoran dan sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.
Sekolah dan kelas yang bersih juga memberi impak kepada pembelajaran murid-murid. Sekiranya persekitaran kotor, keadaan ini akan menzahirkan pemandangan yang kurang enak. Hal ini menyebabkan kita gagal menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tidakkah itu merugikan diri kita sendiri ?
Hadirin sekalian,
Akhir sekali saya ingin menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Sesungguhnay menjaga kebersihan merupakan ibadah yang mulia dan harus dimanfaatkan oleh setiap insan.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, July 25, 2012
Anda Ingin Menulis Karangan Catatan
TIP PENULISAN BERKESAN• Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialami atau dilalui oleh penulis.
• Catatan Harian dikenali juga sebagai diari.
• Terbahagi kepada dua bentuk , itu catatan sehari dan catatan beberapa hari.
• Jika sehari, sertakan haribulan , hari , dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.
• Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.
• Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang berkaitan dengan tajuk.
• Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu disesun agar menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)