~ Cakap ajuk dan cakap pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap Ajuk
~ Cakap ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagimana asalnya dituturkan.
~Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
~Cakap ajuk dimulakan dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata. (".....")
Cakap Pindah
~ Cakap pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
~ Terdapat perbezaan struktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
~ Walau bagaimanapun, maksud atau susunan perkataan adalah sama.
Contoh
Cakap Ajuk
1. " Datanglah ke rumah saya malam esok, Kumar," kata Amar.
2. " Cuci pakaian kamu," kata kakak kepada Aminah.
3. Cikgu Adli berkata, " Mengapa awak tidak datang semalam, Asrol?"
Cakap Pindah
1. Amar mempersilakan Kumar ke rumahnya pada malam esok.
2. Kakak menyuruh Aminah mencuci pakaiannya.
3. Cikgu Adli bertanya kepada Asrol sebab dia tidak datang semalam.
* Apabila cakap pindah ditukarkan daripada cakap ajuk, beberapa perkara di bawah perlu diubah.
Cakap Ajuk ...... Cakap Pindah
1. aku, saya, hamba ....... ia, dia, -nya, beliau
2. beta ..... baginda
3. kita, kami ..... mereka
4. mereka ..... mereka
5. beliau ...... beliau
6. dia ..... dia
7. awak, kamu, engkau, anda ..... saya, dia, -nya
8. itu .... itu
9. ini ..... itu
10. sini .... situ, sana, tempat itu
11. sekarang .... ketika itu, masa itu
12. hari ini ... hari itu
BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN
Showing posts with label SISTEM BAHASA. Show all posts
Showing posts with label SISTEM BAHASA. Show all posts
Thursday, July 12, 2012
Tuesday, June 19, 2012
IMBUHAN PINJAMAN : Awalan tri-
~ Awalan tri- membawa maksud tiga.
~ Contoh
1. triatom ~ molekul yang terdiri daripada tiga atom
2. tribahasa ~ mempunyai tiga bahasa
3. tribrata ~ mempunyai tiga kewajipan
4. tribulan ~ tiga bulan
5. trigonometri ~ ilmu tentang sudut dan sempadan segi tiga
6. trikaki ~ penopang kamera yang berkaki tiga
7. trilogi ~ muzik atau novel yang terdiri daripada tiga bahagian
8. trimatra ~ tiga demensi
9. trio ~ kumpulan yang terdiri daripada tiga orang
10.triwangsa ~ tiga kasta
11.triwarsa ~ tiga tahun
~ Contoh
1. triatom ~ molekul yang terdiri daripada tiga atom
2. tribahasa ~ mempunyai tiga bahasa
3. tribrata ~ mempunyai tiga kewajipan
4. tribulan ~ tiga bulan
5. trigonometri ~ ilmu tentang sudut dan sempadan segi tiga
6. trikaki ~ penopang kamera yang berkaki tiga
7. trilogi ~ muzik atau novel yang terdiri daripada tiga bahagian
8. trimatra ~ tiga demensi
9. trio ~ kumpulan yang terdiri daripada tiga orang
10.triwangsa ~ tiga kasta
11.triwarsa ~ tiga tahun
Monday, June 18, 2012
IMBUHAN PINJAMAN : Awalan dwi-
~ Awalan dwi- membawa maksud dua.
~ Contoh ;
1. dwibahasa ~ dua bahasa
2. dwibahasawan ~ orang yang bertutur dalam dua bahasa
3. dwibulan ~ dua bulan sekali
4. dwi cekung ~ cekung pada kedua-dua permukaan
5. dwifungsi ~ menjalankan dua fungsi
6. dwiguna ~ mempunyai dua guna
7. dwihuruf ~ dua huruf yang melambangkan satu bunyi ( sy,ny,ng)
8. dwimatra ~ puisi yang terdiri daripada dua kaki matra
9. dwiminggu ~ dua minggu sekali
10.dwimusim ~ berlaku sesuatu dalam masa dua tahun
11.dwipihak ~ antara dua pihak
12.dwipurwa ~ pengulangan suku kakat pertama ( kuda - kekuda)
13.dwitunggal ~ dua tetapi seakan-akan satu
14.dwiwarganegara ~ orang yang mempunyai dua kerakyatan
~ Contoh ;
1. dwibahasa ~ dua bahasa
2. dwibahasawan ~ orang yang bertutur dalam dua bahasa
3. dwibulan ~ dua bulan sekali
4. dwi cekung ~ cekung pada kedua-dua permukaan
5. dwifungsi ~ menjalankan dua fungsi
6. dwiguna ~ mempunyai dua guna
7. dwihuruf ~ dua huruf yang melambangkan satu bunyi ( sy,ny,ng)
8. dwimatra ~ puisi yang terdiri daripada dua kaki matra
9. dwiminggu ~ dua minggu sekali
10.dwimusim ~ berlaku sesuatu dalam masa dua tahun
11.dwipihak ~ antara dua pihak
12.dwipurwa ~ pengulangan suku kakat pertama ( kuda - kekuda)
13.dwitunggal ~ dua tetapi seakan-akan satu
14.dwiwarganegara ~ orang yang mempunyai dua kerakyatan
Thursday, May 10, 2012
Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...
1. Kata sendi hanya boleh disertai frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
Contoh :Oleh kerana tidak mendapat kebenaran lawatan, perkhemahan itu dibatalkan. (salah)
Oleh sebab tidak mendapat kebenaran, perkhemahan itu dibatalkan. (betul)
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dan frasa adjektif dan frasa kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan.
Contoh :
Adik saya suka aiskrim. (salah)
Adik saya suka akan aiskrim. (betul)
3. Kata sendi untuk dan demi tidak boleh digunakan secara berturut-turut.
Contoh :
Ayah sanggup berkorban demi untuk anaknya. (salah)
Ayah sanggup berkorban untuk anaknya. (betul)
4. Kata sendi dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
Contoh :
Ali amat terpesona dengan keindahan alam di kawasan itu. (salah)
Ali amat terpesona oleh keindahan alam di kawasan itu. (betul)
Thursday, April 26, 2012
Kata Penegas
- 1. Kata penegas atau partikel ialah perkataan yang digunakan sebagai penegas/pengasas dalam sesuatu pernyataan. Kata penegas atau partikel ialah perkataan kecil yang tidak membawa makna penuh atau lengkap kecuali hanya untuk menentu-kan makna ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis.
- 2. Kata penegas - yang hanya menegaskan frasa predikat (cerita).
- CONTOH BENTUK PARTIKEL Kata penegas -kah , -lah , dan -tah ditulis bercantum pada akhir perkataan. -kah -lah -tah pun
- 3. Partikel -kah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya dan ayat seruan .
- CONTOH : 1) Apa kah yang kamu bawa di dalam beg plastik itu?
- 2) Oh, alang kah bertuahnya kamu kerana mempunyai keluarga yang bahagia!
- 4. Partikel -lah digunakan untuk menegas-kan sesuatu suruhan , permintaan , doa atau pernyataan .
- CONTOH : 1) Pemuda itu lah yang telah menghantar saya ke hospital semalam.
- 2) Buat lah seperti yang telah dirancang-kan jika kamu ingin berjaya.
- 5. Partikel -tah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan , keadaan harian dan situasi tidak sabar .
- CONTOH : 1) Siapa tah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini.
- 2) Bila tah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu.
- 6. Partikel pun digunakan untuk menegas-kan atau memberi penekanan kepada ayat penyata .
- CONTOH : 1) Guru besar pun terlibat dalam gotong-royong semalam.
- 2) Mazlan pun menutup televisyen setelah disuruh oleh ayahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)