BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

Saturday, November 21, 2009

PELAJAR CEMERLANG BAHASA MELAYU UPSR 2009


Syabas kepada murid-murid Tahun 6 yang berjaya mendapat A dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.

TAHNIAH PELAJAR SKBT 5A UPSR 2009


Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Hanafi bin Mohd Arif dan adik Hasifi Haziq b. Jamil kerana mendapat 5A dalam UPSR. Kalian berdua menjadi kebanggaan sekolah. Semoga kalian berdua akan lebih berjaya di sekolah menengah nanti.

Monday, November 16, 2009

DESATHON SKBT 2009 - MERIAH



Pada 31 Oktober 2009, PIBG dan SKBT mengadakan Program Desathon bertujuan mengisi Tabung PIBG. Acara Kemuncak Desathon pada 31 Oktober, walaupun kehadiran waris tidak ramai namun meriah. Pelbagai acara diadakan seperti Larian Desathon, Acara Waris (P) Membuat Gubahan, (L) Larian dan Acara Cabutan Bertuah.
Tahniah kepada semua guru dan AJK PIBG yang bergabung tenaga menjayakan program ini.

Thursday, November 12, 2009

PROGRAM RIMUP




Pada 28 Oktober yang lalu, seramai 40 orang murid SK Bukit Tambun dipilih untuk menyertai program rimup. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengunjungi Zoo Taiping, sukaneka dan melawat Muzium Taiping. 4 orang guru pengiring yang terlibat iaitu Pn Asiyah, Pn Rohana, En Zulkifli dan En Nik Faizul. Program ini berjaya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum melalui aktiviti yang dijalankan.

Monday, October 26, 2009

BULAN BAHASA MENGHAMPIRI PENGHUJUNGNYA












Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk berakhirnya bulan Oktober. Ini bermakna berakhirnya pengisian Bulan Bahasa. Namun diharapkan agar usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak berakkhir. Walaupun Oktober berlalu, aktiviti memperkasakan bahasa Melayu akan terus menjadi agenda utama panitia Bahasa Melayu SKBT.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru bahasa Melayu SKBT yang bertungkus lumus melatih dan membimbing anak didik untuk menjalankan aktiviti sepanjang Bulan Bahasa.
Terima kasih juga kepada semua murid, terutamanya murid yang membuat persembahan. Pelbagai aktiviti menarik yang dirancangkan sepanjang bulan bahasa seperti bersyair, sajak, berpantun, ucapan, pidato, bahasa bermadah, seloka dan sebagainya. Namun beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa dan cuaca.

Thursday, October 8, 2009

AKTIVITI BULAN BAHASA 2010












Pada 7 Oktober 2009, Beberapa orang murid kelas 6C mengadakan Aktiviti Berbalas Pantun. Murid yang terlibat ialah Awatif Najat, Najwa, Hanafi dan Hasifi Haziq.
Pada 8 Oktober 2009 pula, kelas 6 Unggul mengadakan Aktiviti Berbalas Pantun. Murid yang terlibat ialah Ummi Fatihah dan Nik Mimi Safina.

Wednesday, October 7, 2009

PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH





















Panitia Bahasa Melayu telah menyahut seruan kerajaan menjadikan bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa. Oleh itu, Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya. Beberapa program telah dijalankan untuk mengisi Majlis Pelancaran itu. Antaranya nyanyian Lagu Kebangsaan, Deklamasi Sajak dan syair. PK 1 iaitu Puan Asiyah telah merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah ini.

Sunday, September 13, 2009

Lawak 4 : Semua sakit atau Jari je..??

Pada suatu hari, Mak Andih pergi berjumpa doktor. Sambil menangis teresak-esak, dia berkata kepada doktor, "Saya tak mau mati lagi doktor...."
"Ada apa ni, Mak Andih? Cube ceritakan pada saya,"kata doktor.
" Doktor, apabila saya sentuh sahaja mana-mana bahagian badan saya, saya akan berasa sakit. Cuba doktor tengok ni!" kata Mak Andih lalu menyentuh bahu dengan tangannya.
"Aduuhh! sakitnya," Mak Andih menjerit kesakitan. Mak Andih sentuh pula kepalanya, dan "Aduuhh!" dia menjerit kesakitan lagi. Bagitulah juga dengan bahagian badannya yang lain, apabila disentuh pasti Mak Andih terasa sakit.
Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Ohh...jari tangan kanan Mak Andih ni sebenarnya yang patah,"

Petikan : Mustika

Saturday, August 22, 2009

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM





Adanya pertemuan, pastinya ada perpisahan. Latihan Praktikum beberapa orang guru pelatih telah berakhir pada 21 Ogos 2009. Walaupun hanya sekejap iaitu lebih kurang dua bulan berada di sekolah ini, namun sudah pastinya pengalaman ini tidak akan dapat dilupakan. Sekitar majlis perpisahan, kelihatan murid-murid mengambil kesempatan bersalaman dengan guru pelatih kesayangan mereka untuk memohon maaf dan mengucapkan selamat jalan. Suasana sedih menyelubungi majlis, bukan sahaja murid malah guru pelatih sendiri menitiskan air mata kerana sedih untuk meninggalkan SKBT. Antara pesan terakhir guru pelatih ini kepada semua murid SKBT, belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita. Kami warga SKBT mengucapkan terima kasih atas jasa dan keringat yang dicurahkan di sekolah ini sepanjang Latihan Praktikum dijalankan.

LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN




Unit Keselamatan SKBT yang diketuai oleh Encik Fazli telah mengadakan Latihan Kecemasan Kebakaran. Antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tantang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlakunya kebakaran di sekolah. Sebaik sahaja loceng dibunyikan berulang kali menandakan berlakunya kebakaran, semua murid dan guru bergegas ke padang sekolah mengikut laluan yang ditetapkan. Latihan ini berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektifnya. Tahniah kepada Unit Keselamatan.

Thursday, August 20, 2009

IMBUHAN PINJAMAN : Pra-

Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.
Contoh imbuhan pinjaman awalan adalah maha-, pra-, tata-, panca, swa-, tuna, eka-, dwi-, tri, bi-, anti-, dan pro-.

Awalan pra- membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu.
Contoh ; perkataan berimbuhan awalan pra- dan maksunya ;

praakhir ~ sebelum akhir
prakata ~ kata pendahuluan
pramatang ~ belum cukup masak atau belum cukup tempoh
pramoden ~ sebelum mencapai zaman moden
prasangka ~ sangkaan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yang sebenar
prasarana ~ suruktur asas sesuatu sistem, infrastruktur
prasejarah ~ sebelum sejarah
prasekolah ~ tadika
prasiswazah ~ orang yang belum lulus sebagai siswazah
prasyarat ~ syarat awal
pratonton ~ tayangan sebelum tayangan rasmi
prauniversiti ~ sebelum masuk universiti, pengajian sebelum memasuki universiti
prawacana ~ mukadimah, kata pendahuluan

Monday, August 17, 2009

PERUMPAMAAN (001)

1. Bagai dakwat dengan kertas = sangat akrab
2. Bagai diiris dengan sembilu = pedih sekali
3. Bagai mencencang air = melakukan kerja yang tidak berfaedah
4. Bagai pelita kehabisan minyak = berwajah muram kerana kedukacitaan

5. Seperti air di dalam kolam = orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
6. Seperti cacing kepanasan = Selalu gelisah
7. Seperti mentimun dengan durian = orang yang lemah melawan orang yang kuat
8. Seperti rumput di tepi jalan = hidup dalam kemiskinan
9. Seperti rusa masuk kampung = tercengang-cengang kehairanan.
10.Seperti telingan lintah = tajam pendengaran

Thursday, August 13, 2009

LAWAK : Masalah Pendengaran..Suami atau Isteri??

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang
pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual
dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit
darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,
dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa
jarak
maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.
Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan
hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Lawak : Kencing atau Bisik ???

Suatu hari Mak Andeh membawa anaknya, Ondeh makan di warung. Ketika itu Ondeh masih kecil lagi, baru tiga tahun. Sewaktu sedang makan, tiba-tiba ondeh bercakap dengan kuat, "Mak, Ondeh nak kencing!" Malu betul Mak Andeh, satu warung dengar suara Ondeh itu.
Mak Andeh terus menutup mulut Ondeh. Dia berbisik, "Syyy...jangan cakap macam tu di tempat orang tengah makan, tak elok. Lagi satu, kalau nak kencing, jangan sebut kencing. Cakap, mak, Ondeh nak 'bisik'. Ingat tu, kalau nak kencing, cakap nak bisik."
Ondeh mengangguk kepala tanda faham. Balik dari warung, baru Ondeh dapat pergi kencing.
Esoknya Pak Pandir pula bawa Ondeh pergi warung. Sedang mereka makan, tiba-tiba Ondeh menjerit, "Pak...Ondeh nak 'bisik' !" Satu warung terkejut.
Pak Pandir senyum. Pak Pandir berkata kepada anaknya itu, "Boleh...Haa, Ondeh 'bisiklah' kat telinga bapak ni..." (apa jadi lepas tu, bayang le sendiri.....)

Sumber : Mastika

Lawak : Lelaki @ Perempuan???

Seorang bapa duduk di kerusi taman memerhatikan kanak-kanak rancak bermain di padang. Dia mengeluh....
"Zaman sekarang ni susah kita nak bezakan mana budak lelaki, mana budak perempuan. Sama saja. Tengoklah budak lelaki tu..." kata si bapa tadi sambil menunjuk ke arah seorang budak berbaju hijau yang sedang berlari-lari dengan kawannya.
Orang yang duduk di kerusi sebelahnya tercengang, "Itu anak saya. Dia bukannya lelaki, dia perempuan."
Si bapa tadi tersipu-sipu malu. Dia cepat-cepat meminta maaf. "Saya tak bermaksud nak malukan encik. Maaflah, saya tak tahu encik ni bapanya...."
Orang yang di sebelahnya tadi sekali lagi menggaru kepala. "Tidak..saya bukan bapanya, saya emaknya."

(Sumber : Mastika)

Saturday, August 8, 2009

Tahniah..Pelajar Cemerlang Percubaan UPSR


Tahniah kepada 3 orang murid 6 Cemerlang yang telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR yang lepas. Teruskan berusaha semoga keputusan ini akan berulang untuk UPSR sebenar nanti. Kepada murid lain, tingkatkan usaha kerana anda juga mampu memperoleh kecemerlangan ini.

Ikrarku...Negaraku Tercinta

Detik ini....
Tanggal 2009, genap usia 52 tahun merdeka
Pada tanggal 31 Ogos
Berulang lagi, menjelma lagi
suara keramat laungan merdeka..

Dalam keriangan mengecapi nikmat
usah lupa, usah alpa
jasa akan perajurit negara
tidak mengenal erti kecewa
berkorban jiwa dan keluarga
demi...sebuah negara merdeka

Aku bangga menjadi anak Malaysia
Aku bangga mengibarkan Jalur Gemilang
Akulah pengisi kemerdekaan hari ini
demi generasi masa depan

Negaraku tercinta...
ikrarku padamu
akanku pertahankan kesucian tanah ini
daripada diceroboh lagi
oleh mata asing yang memerhati cemburu
Janjiku padamu
walau berdepan jutaan halangan
melangkah tetapku melangkah
meredah tetapku meredah
demi mencapai wawasan
demi sebuah negara terbilang.
(Nukilan : Nik Faizul )

Thursday, July 30, 2009

KEPUTUSAN PERCUBAAN UPSR 2009 BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Afiq Danial (95), Nur Naaimmah (93), Norhuda (93), Nor Farah Hanim (93), Hanafi (90), Jespreet(88), Salina (88), Husna Madiha (88), Nursyazwati (85), Nor Awatif (85),Nur Amirah (85), Muhd Arif (85), Nurul Amira (85), Nazliyatul (83), Hasifi Haziq (83), Najwa (80), Elreen Lee (80), Lukman Hakim (80), Nur Dinie (80), Nur Syahera (80), Muhd Akmal (80), Aisyah(78), Vijay(78), Awatif Najat(78), Adibah(75), Aswathy(73), Balqis(70), Azliza (70), Kubendran(68)

BAHASA MELAYU PENULISAN

Salina (92), Hanafi (92), Nurul Amira(92), Afiq(90), Farahhanim(88), Hasifi (88), Dinie(87), Awatif (85), Md Arif (85), Norhuda(83), NorAwatif(83), Nazliyatul(82), Elreen(82) Norsyazwati(82), Nur Amirah(82), Adibah(80), Syahera(80), Nur Naaimah(80), Lukman (80), Husna (80), Akmal(80), Siti Aisyah (77), Jespreet(73), Najwa(73), Kubendran(73), Vijay(73), Aswathy(72), Balqis(62), NorAzliza(60)

Sunday, July 5, 2009

KATA PEMERI : 'ialah' dan 'adalah'

Kebanyakan pelajar masih keliru perbezaan antara kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Secara ringkasnya.....

Kata pemeri 'ialah' menerangkan persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.
Contoh :
1) (a) Pemuda yang berbaju merah itu adalah anggota polis. (x)
(b) Pemuda yang berbaju merah itu ialah anggota polis. (/)
**ayat (a) salah kerana kata pemeri adalah tidak boleh hadir dihadapan frasa nama iaitu anggota polis.

Kata pemeri 'adalah' menerangkan huraian atau kualitatif yang hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh :
1) (a) Program itu diadakan ialah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
menjaga kebersihan. ( x )
(b) Program itu diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
menjaga kebersihan. ( / )
** ayat (a) salah kerana kata pemeri ialah tidak boleh hadir sebelum kata sendi (untuk)

Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
Contoh :
1) (a) Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. ( x )
(b) Arahan itu bukan untuk semua pegawai. ( / )

Saturday, June 27, 2009

PERJUMPAAN WARIS Murid Tahun 6



SYABAS dan Tahniah kepada semua waris murid Tahun 6 yang telah hadir ke Perjumpaan Waris pada 27 Jun 2009. Kehadiran waris menunjukkan keprihatinan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan prestasi pencapaian anak-anak dalam UPSR nanti.

Thursday, June 18, 2009

TAHNIAH...Pelajar Cemerlang Bahasa Melayu UPTP2

Pelajar Cemerlang (A) BM Pemahaman
Muhd Hanafi, Nurdinie, Nor Farah Hanim, Nazliyatul Syakirah, Awatif Najat, Muhamad Arif, Hasifi Haziq dan Jespreet Singh

Pelajar Cemerlang (A) BM Penulisan
Awatif Najat, Nurdinie, Afiq Danial, Nurul Amira, Muhd Hanafi, Nor Farah Hanim, Nur Naimmah, Salina, Hasifi Haziq, Jespreet Singh, Norhuda, Husna madiha dan NorAwatif.

Ceramah Motivasi Bahasa Melayu UPSR




Dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Melayu dalam UPSR, pihak sekolah dan panitia telah mengadakan ceramah motivasi dan teknik menjawab soalan bahasa Melayu. Pihak sekolah telah menjemput Guru Cemerlang Bahasa Melayu iaitu Encik Yusuf bin Mat dari SK Tanah Liat sebagai penceramah. Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab soalan Pemahaman dan Penulisan.
Semoga murid-murid dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ini untuk cemerlang dalam UPSR nanti.
Terima kasih kepada Encik Yusuf bin Mat kerana sudi memberikan ceramah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...