BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

Thursday, August 18, 2011

PERUMPAMAAN (002)

1. Bagai aur dengan tebing ~ hidup bekerjasama dan bermuafakat.
2. Bagai ayam mabuk tahi ~ tidak berdaya disebabkan sakit atau kurang darah.
3. Bagai badak berendam ~ gemuk dan malas bergerak.
4. Bagai Belanda minta tanah ~ meminta lebih banyak daripada yang diberi.
5. Bagai beliung dengan asahan ~ tidak pernah berpisah.
6. Bagai bersuluh di tengah hari ~ perkara yang sudah terang tetapi dijelaskan lagi.
7. Bagai beting dipalu ombak ~ tidak tenteram kerana selalu diganggu.
8. Bagai isi dengan kuku ~ perhubungan yang sangat rapat.
9. Bagai kambing dihalau ke air ~ malas dan enggan buat kerja walaupun disuruh.
10. Bagai mengepal pasir kering ~ menyatu padukan orang berlainan fikiran @ pendirian.

Monday, August 15, 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKBT




15 Ogos, SKBT telah melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Guru Besar telah merasmikan majlis pelancaran tersebut. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, kelab Rukun Negara dan Persatuan Bahasa Melayu telah merancang untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mendeklamasi sajak, kuiz dan sebagainya.


Sunday, August 14, 2011

KATA SERU

1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Contoh ;

Kata Seru Penggunaannya Contoh
aduh

untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

1. Aduh, sakitnya kakiku!

2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah

untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah

untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

1. Amboi, mahal betul kereta itu!

2. Wah, berani betul budak itu!

cis/cih

untuk menyatakan perasaan marah dan benci

1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !

eh

untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ada di sini!

hai

untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat
Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu Wahai adik ku sayang !
amboi menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, gembira atau mengharap

Oh, itu rupanya rumah kamu !

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !

eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

KATA ADJEKTIF

~ Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
~ Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A) Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti
malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan
sifat pencaindera seperti masin dan harum.

B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
~ dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh ;
Kasut dia cantik.
Buah manggis itu manis.

2. Pangkat perbandingan
~ merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh ;
Tenaganya sekuat Badang.
Buah rambutan itu semanis gula.

3. Pangkat menyangat
~ menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh ;
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah jambu ini terlalu masak.

4. Pangkat penghabisan
~ menerangkan adjektif paling atau penghabisan.
Contoh ;
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Thursday, August 4, 2011

KATA PENGUAT

~ Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
~ Kata Penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
KATA PENGUAT HADAPAN:
- paling(P)
- agak (A)
- terlalu (T)
KATA PENGUAT BEBAS:
- sungguh (S)
- amat (A)
- sangat (S)
KATA PENGUAT BELAKANG:
- benar (B)
- sekali (S)
- nian (N)

PERINGATAN:
1. kata penguat hadapan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam satu ayat.
contoh:
a. terlalu baik sekali (salah)
b. paling cantik sekali (salah)
c. paling besar nian (salah)
2. Ter + Adjektif tidak boleh ditambah Kata Penguat
contoh:
a. terpandai
b. tertinggi
c. terbaik
d. tercantik
3. Ter + amat/sangat + kata adjektif
contoh:
a. teramat rajin
b. tersangat rajin
4. Sungguh/amat/sangat + Kata Adjektif + sekali
contoh:
a. Zafran amat ramah sekali. (betul)
b. Sungguh besar sekali rumah Pak Hasan. (betul)
c. Athirah sangat rajin sekali mengulangkaji pelajaran. (betul)

5. Kata Penguat Bebas boleh berurutan sebelum kata adjektif
Contoh:
a. Suara Saloma sungguh amat merdu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...