BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

Thursday, April 26, 2012

Kata Penegas



  • 1. Kata penegas atau partikel ialah perkataan yang digunakan sebagai penegas/pengasas dalam sesuatu pernyataan. Kata penegas atau partikel ialah perkataan kecil yang tidak membawa makna penuh atau lengkap kecuali hanya untuk menentu-kan makna ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis.
  • 2. Kata penegas - yang hanya menegaskan frasa predikat (cerita). 
  • CONTOH BENTUK PARTIKEL Kata penegas -kah , -lah , dan -tah ditulis bercantum pada akhir perkataan. -kah -lah -tah pun
  • 3. Partikel -kah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya dan ayat seruan . 
  • CONTOH : 1) Apa kah yang kamu bawa di dalam beg plastik itu? 
  •                  2) Oh, alang kah bertuahnya kamu kerana mempunyai keluarga yang bahagia! 
  • 4. Partikel -lah digunakan untuk menegas-kan sesuatu suruhan , permintaan , doa atau pernyataan
  • CONTOH : 1) Pemuda itu lah yang telah menghantar saya ke hospital semalam. 
  •                  2) Buat lah seperti yang telah dirancang-kan jika kamu ingin berjaya. 
  • 5. Partikel -tah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan , keadaan harian dan situasi tidak sabar . 
  • CONTOH : 1) Siapa tah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini. 
  •                  2) Bila tah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. 
  • 6. Partikel pun digunakan untuk menegas-kan atau memberi penekanan kepada ayat penyata . 
  • CONTOH : 1) Guru besar pun terlibat dalam gotong-royong semalam. 
  •                  2) Mazlan pun menutup televisyen setelah disuruh oleh ayahnya.

Thursday, April 19, 2012

Peribahasa Melayu ( 003 )

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan TebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Monday, April 16, 2012

Karangan Fakta : CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN

Setiap murid sudah pastinya ingin berjaya dalam pelajaran. Murid yang berjaya dalam akademik lazimnya akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran.

Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Murid juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri sepenuh tumpuan kepada pengajaran guru. Selain itu sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran.

Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak di rumah. Bantulah anak-anak memahami pelajarannya dan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk memberi hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya inginkan keseronokan.

Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita yang dipilih akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai idola mereka.

Sesungguhnya, terdapat banyak cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun begitu, usaha dan kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan mudah berputus asa jika gagal, sebaliknya terus berusaha dengan gigih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...