Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Guru juga ibarat ibu bapa kedua kepada pelajar kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, sebagai murid kita sewajarnya menghargai guru. Terdapat banyak cara untuk menghargai guru kita.
Antara cara untuk menghargai jasa guru ialah dengan menghormati mereka. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Contohnya, kita boleh mengucapkan salam apabila berjumpa dengan
guru. Kita juga tidak boleh sombong terhadap guru.
Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah
mereka. Guru memberikan kerja sekolah bukannya untuk membebankan pelajar, sebaliknya sebagai latihan tambahan atau pengukuhan di rumah. Oleh itu, kita mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang
ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan
membetulkannya. Ini pastinya dapat membantu pelajar untuk membuat pembetulan.
Kita juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.
Disiplin sangat penting untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam
pelajaran. Contohnya, kita perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam
kes-kes buli, gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, dan lain-lain.
Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru.
Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik
guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan
hari guru pada 16 Mei.
Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru.
Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Contohnya, kita boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan Hari Guru pada 16 Mei.Kita juga perlu menunjukkan kasih sayang kepada guru. Kita bolehlah menziarahi guru ketika mereka sakit. Dengan ini guru akan berasa
gembira dan bangga terhadap pelajarnya.
Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup
menerangi orang lain. Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru.
Ini kerana, jasa guru tidak ternilai harganya dalam melahirkan insan-insan yang berjaya,
cemerlang dan gemilang.
Hmmm...terbaik
ReplyDelete
ReplyDeletebagus bagus bagus
ReplyDeleteterbaikkkk.....
Deleted
ReplyDeleteterbaik boboyot
ReplyDeletebaik memang tebaik la cikgu
ReplyDeletebagus bagus bagus
ReplyDeletebagus bagus bagus
ReplyDeletekarangan ni adalah soalan upsr 2013
ReplyDeleteCikgu punya karangan adalah yang terbaik
ReplyDelete