Karangan Fakta adalah merupakan antara karangan yang 'famous' dalam UPSR. Karangan jenis ini tergolong dalam karangan tidak berformat.
Untuk menghasilkan karanga fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
~ Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang
~ Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
~ Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap, tersusun , dan menepati kehendak soalan .
~ Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami
~ Karangan mestilah merangkumi perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
~ Bagi perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi definasi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
~ Untuk perenggan isi pula, sekurang-kurangnya carilah 4 isi penting. Ianyan mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkukuhkan isi, maka perlu disusuli dengan huraian serta contoh.
~ Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentan perkara yang ditulis.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.