Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kicap
Pada 1 Ogos 2011, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang Kicap di Bukit Minyak, Pulau Pinang. Seramai 30 orang ahli persatuan terlibat dalam rombongan tersebut termasuk 3 orang guru pengiring.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang proses membuat kicap. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar.
Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang kicap itu pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang itu iaitu Encik Mohamad bin Zafran.
Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses kicap. Sebahagian besar kerja memproses kicap ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna merah. Mereka juga memakai sarung tangan ketika bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja.
Para Peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebotol kicap setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Fazli telah menyampai cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara membuat sabun.
Laporan disediakan oleh,............................................................................................5 Ogos 2011
..................................................
(Nurin Athirah binti Azman)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.