BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

Sunday, July 5, 2009

KATA PEMERI : 'ialah' dan 'adalah'

Kebanyakan pelajar masih keliru perbezaan antara kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Secara ringkasnya.....

Kata pemeri 'ialah' menerangkan persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.
Contoh :
1) (a) Pemuda yang berbaju merah itu adalah anggota polis. (x)
(b) Pemuda yang berbaju merah itu ialah anggota polis. (/)
**ayat (a) salah kerana kata pemeri adalah tidak boleh hadir dihadapan frasa nama iaitu anggota polis.

Kata pemeri 'adalah' menerangkan huraian atau kualitatif yang hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh :
1) (a) Program itu diadakan ialah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
menjaga kebersihan. ( x )
(b) Program itu diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
menjaga kebersihan. ( / )
** ayat (a) salah kerana kata pemeri ialah tidak boleh hadir sebelum kata sendi (untuk)

Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
Contoh :
1) (a) Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. ( x )
(b) Arahan itu bukan untuk semua pegawai. ( / )

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...