Thursday, August 18, 2011
PERUMPAMAAN (002)
2. Bagai ayam mabuk tahi ~ tidak berdaya disebabkan sakit atau kurang darah.
3. Bagai badak berendam ~ gemuk dan malas bergerak.
4. Bagai Belanda minta tanah ~ meminta lebih banyak daripada yang diberi.
5. Bagai beliung dengan asahan ~ tidak pernah berpisah.
6. Bagai bersuluh di tengah hari ~ perkara yang sudah terang tetapi dijelaskan lagi.
7. Bagai beting dipalu ombak ~ tidak tenteram kerana selalu diganggu.
8. Bagai isi dengan kuku ~ perhubungan yang sangat rapat.
9. Bagai kambing dihalau ke air ~ malas dan enggan buat kerja walaupun disuruh.
10. Bagai mengepal pasir kering ~ menyatu padukan orang berlainan fikiran @ pendirian.
Monday, August 15, 2011
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKBT





15 Ogos, SKBT telah melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Guru Besar telah merasmikan majlis pelancaran tersebut. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, kelab Rukun Negara dan Persatuan Bahasa Melayu telah merancang untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mendeklamasi sajak, kuiz dan sebagainya.
Sunday, August 14, 2011
KATA SERU
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
- 3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Contoh ;
-
-
Kata Seru Penggunaannya Contoh aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya kakiku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku! ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ada di sini!
hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!
- Contoh lain kata seru dan ayat
-
Kata Seru maksud Contoh ayat wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu Wahai adik ku sayang ! amboi menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! nah Nah, terimalah habuanmu ! aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini ! wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini ! ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! oh terkejut hairan, gembira atau mengharap Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh hairan Eh, bila ia terjadi ! syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga akhirnya ! alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! ha hairan Ha, budak itu yang menang ! Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !
KATA ADJEKTIF
- ~ Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
- ~ Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
- A) Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
-
- (a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
- (b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
- (c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur; - (e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum. -
B. Pangkat-pangkat Adjektif - 1. Pangkat biasa
- ~ dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
- Contoh ;
- Kasut dia cantik.
- Buah manggis itu manis.
-
- 2. Pangkat perbandingan
- ~ merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
- Contoh ;
- Tenaganya sekuat Badang.
- Buah rambutan itu semanis gula.
-
- 3. Pangkat menyangat
- ~ menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
- Contoh ;
- Cuaca hari ini sangat mendung.
- Buah jambu ini terlalu masak.
-
- 4. Pangkat penghabisan
- ~ menerangkan adjektif paling atau penghabisan.
- Contoh ;
- Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
- Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Thursday, August 4, 2011
KATA PENGUAT
Saturday, May 7, 2011
Friday, April 29, 2011
KARNIVAL BAHASA 2011 KELOMPOK R20
Tanggal 27 April 2011, Karnival Bahasa Kelompok R20 telah berlangsung di SK Bandar Tasek Mutiara. Panitia BM SK Bukit Tambun telah menghantar 3 orang peserta untuk mengambil bahagian dalam acara Pidato Piala Diraja, Bercerita Tahap 1 dan Bercerita Tahap 2.
Adik Fadhilatun Nisa yang menyertai acara Pidato Piala Diraja telah mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan. Bagi adik Firzana dan Farisya Najwa yang menyertai acara Bercerita, cuba lagi tahun hadapan.
LAWATAN NAZIR - LINUS
![]() |
Thursday, April 21, 2011
PROGRAM JAYA WARIS LINUS 2011 SKBT
Sebagai satu usaha kecairan maklumat LINUS kepada para waris murid Tahun satu dan Tahun 2, maka pihak sekolah telah mengadakan Perjumpaan Waris Tahun 1 dan 2 pada 27 Februari 2011 yang lepas. Syukur, atas kesedaran dan keprihatinan ibu bapa, ramai yang hadir untuk mendengar taklimat ini yang disampaikan oleh Guru Linus iaitu Puan Norazura (Literasi) dan puan Suzanariati (Numerasi).
Semoga dengan taklimat ini, para waris lebih faham akan konsep dan matlamat program ini.
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)
- National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
- Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
- Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
- Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
- Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
- Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
- Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
— Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
— KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
— PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
— Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
— Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”
| NUMERASI | TAHUN 1 | TAHUN 2 | TAHUN 3 |
| Nombor Bulat | Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 50 | Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100 | Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000 |
| Operasi Asas | Menyatakan fakta asas tambah dan tolak | Menyatakan fakta asas tambah dan tolak. Darab (2, 5 dan 10) dan bahagi (2, 5 dan 10) | Menyatakan fakta asas tambah dan tolak. Darab (3,4,6,7, 8 dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan 9) |
DEFINISI KONSEP
— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”
| LITERASI | TAHAP 1 | ||
Membaca dan menulis | Menguasai dan memahami minimum 1000 patah perkataan mudah | ||
Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal | Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) | Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) dalam perenggan | |
DEFINISI KONSEP
| NUMERASI | TAHUN 1 | TAHUN 2 | TAHUN 3 |
| Aplikasi | Mengenal mata wang Malaysia hingga RM10 | Mengenal mata wang Malaysia hingga RM100 | Mengenal mata wang Malaysia hingga RM1000 |
| Menyatakan bahagian dalam sehari | Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam analog | Menyatakan waktu dalam jam dan minit pada muka jam analog | |
| Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit relatif | Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul | Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul (cm sahaja) |
MATLAMAT
“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI
Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :
i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI
Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :
i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.
KUMPULAN SASAR
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
STRATEGI PELAKSANAAN
Status
— Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Jadual Waktu
— Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada
— Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.
Penentuan Murid
— Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
— Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
— Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)
— Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.
— Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
— Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober
Guru
— Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
— Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
— Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.
Kemudahan
— Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
— Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P
Penyeliaan dan Pemantauan
— Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
— GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
— Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
— Pelaporan dibuat setiap 3 bulan
KANDUNGAN PROGRAM
— Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini
— Skop Modul Literasi
— Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
— Skop Modul Numerasi
— Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100
Bahan dan Instrumen LINUS
— Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
— Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan
— Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif
PELAPORAN
— Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
PENUTUP
— Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
— Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA’s
Saturday, April 3, 2010
PERTANDINGAN BAHASA SKBT 2010
Saturday, November 21, 2009
PELAJAR CEMERLANG BAHASA MELAYU UPSR 2009
TAHNIAH PELAJAR SKBT 5A UPSR 2009
Monday, November 16, 2009
DESATHON SKBT 2009 - MERIAH
Pada 31 Oktober 2009, PIBG dan SKBT mengadakan Program Desathon bertujuan mengisi Tabung PIBG. Acara Kemuncak Desathon pada 31 Oktober, walaupun kehadiran waris tidak ramai namun meriah. Pelbagai acara diadakan seperti Larian Desathon, Acara Waris (P) Membuat Gubahan, (L) Larian dan Acara Cabutan Bertuah.
Tahniah kepada semua guru dan AJK PIBG yang bergabung tenaga menjayakan program ini.
Thursday, November 12, 2009
PROGRAM RIMUP
Pada 28 Oktober yang lalu, seramai 40 orang murid SK Bukit Tambun dipilih untuk menyertai program rimup. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengunjungi Zoo Taiping, sukaneka dan melawat Muzium Taiping. 4 orang guru pengiring yang terlibat iaitu Pn Asiyah, Pn Rohana, En Zulkifli dan En Nik Faizul. Program ini berjaya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum melalui aktiviti yang dijalankan.




