BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

Sunday, August 14, 2011

KATA SERU

1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Contoh ;

Kata Seru Penggunaannya Contoh
aduh

untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

1. Aduh, sakitnya kakiku!

2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah

untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah

untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

1. Amboi, mahal betul kereta itu!

2. Wah, berani betul budak itu!

cis/cih

untuk menyatakan perasaan marah dan benci

1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !

eh

untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ada di sini!

hai

untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat
Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu Wahai adik ku sayang !
amboi menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, gembira atau mengharap

Oh, itu rupanya rumah kamu !

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !

eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...