BERSATU BERUSAHA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

Tuesday, June 12, 2012

Karangan Fakta : Faedah Bersukan


 Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.


            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.


            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.


            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.


        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

32 comments:

  1. Karangan ini amat membantu saya dalam membuat karangan fakta faedah bersukan untuk peperiksaan BM Penulisan esok . Terima kasih .

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya kepada kawan saya yang menduduki spm esok...........

    ReplyDelete
  3. terlalu ringkas -..-

    ReplyDelete
  4. Karangan ini sangat bagus untuk mereka yang tidak tahu apakah faedah nya bersukan.bukan itu sahaja ia juga dapat menyedar kan bahawa sukan bukan lah hanya dapat menyihatkan tubuh malah dapat mencergaskan otak.semoga yang diluar sana dapat memahami penting nya sukan.Bukan

    ReplyDelete
  5. Yg penutup dlm karangan tu x advance lgi lh kne bagi lebih details seperti : Banyak manfaat yg kita dpt dgn bersenam...... Kurang menarik sorry c:

    ReplyDelete
  6. Karangan ini utk student upsr, mmg ringkas tetapi sudah memadai bilangan patah perkataan yg dikehendaki dlm peperiksaan iaitu tidak kurang 80 perkataan. Bagi saya...karangan ini sudah lengkap dan menarik.

    ReplyDelete
  7. Sangat membantu,TERIMA KASIH MALAYSIA!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. cukuplah nak berapa banyak lagi.

      Delete
    2. entah gedik pulak kau nak banyak2..kalau nak 40 muka surat buatlah sendiri..nak comment lebih-_-

      Delete
  9. memang bagus karangan ini

    ReplyDelete
  10. saya akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini dan saya yakin karangan ini dapat membantu saya untuk berjaya mendapat A untuk BM penulisan.

    ReplyDelete
  11. Ianya bagus dan sangat membantu.TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  12. Karangan ni sangat membantu saya membuat karangan fakta. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Karangan ini amat bagus.Terima kasih kerana karangan ini telah bantu saya dalam karangan saya.

    ReplyDelete
  14. Saya ada periksa esok berkenaan dengan karangan fakta faedah sukan. Ini sangat sangat spt membantu saya!! Terima kasih!

    ReplyDelete
  15. Saya ada periksa esok berkenaan dengan karangan fakta faedah sukan. Ini sangat sangat spt membantu saya!! Terima kasih!

    ReplyDelete
  16. Karangan ini membantu saya unyul membuat peperiksaan pertengahan saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Tahun ni saya UPSR periksa pertengahan tahun dapat soalan bocor tentang karangan ni saya harap dapat membantu....

    ReplyDelete
  18. Karangan yang baik punya... Saya baru tahun lima. X tau mcm mn nk buat karanagan fakta ni tapi dgn karangan yang ada ni Alhamdulillah saya dh tau..

    ReplyDelete
  19. Sekolah saya adakn percubaan upsr baru baru ni..trima kasih kerana karangan ni masuk dlm periksa

    ReplyDelete
  20. dengan karangan ini saya dapat buat karangan fakta tentang faedah sukan

    ReplyDelete
  21. wow!esok saya akan menghadapi upsr

    ReplyDelete
  22. Karangan ini sangat bagus . Ia membantu saya dlm latihan yg cikgu beri dn ia sangat bermanfaat dlm peperiksaan akhir tahun nanti. Lagipun saya masih tahun 5 dn cikgu ckp soalan ini mungkin keluar. TERIMA KASIH!

    ReplyDelete
  23. :D terima kasih !

    ReplyDelete
  24. Seriously its helping me in my hw thnks

    ReplyDelete
  25. terbaik la karangan nih ! cuma penutup dgn perengan ke5 x berapa nk minnat sgt dgn ayt dia ~ tpi sya cuba olah kan blik untuk HW saya ni .. haha :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...