Pada suatu petang, ketika pulang dari sekolah, aku ternampak asap tebal berkepul-kepul di udara. Aku segera
berlari untuk melihat apa yang berlaku. Ketika itu aku berasa bimbang kerana lokasi asap tebal itu berdekatan dengan rumahku. Rupa-rupanya rumah Tok Lebai yang terbakar.
Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar
rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai
penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api
tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera
menelefon pihak bomba. Kira-kira 20 minit kemudian, bomba pun sampai ke
tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya
dipadamkan tetapi malangnya rumah Tok Lebai telah pun musnah sama sekali dijilat api.
Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada
litar pintas.Syukurlah kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Tok Lebai dan keluarganya
mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong memadamkan
kebakaran rumah mereka.
Memandangkan Tok Lebai jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Tok Lebai sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di
rumah kami, Tok Lebai selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan
peristiwa pahit yang melanda keluarganya.
OHH RUPANYA ADA BANYAK JUGA EH.CIKGU MEMANG PANDAI BUAT KARANGAN APA LAGI YANG ADA K SAYA AKAN TENGOK DAN BACA KARANGAN YANG CIKGU BUATLAH.CIKGU DOAKAN SAYA DAPAT 5A EH CIKGU.CIKGU DAH LA CANTIK PANDAI PULA TU.CIKGU MEMANG TERBAIK CIKGU BACA EH NANTI ;]
ReplyDeleteCikgu,kalau boleh cikgu tolong buat rangka karangan boleh???
ReplyDeleteContoh:
PENDAHULUAN
................................................................
.................................................
ISI 1
.............................................