Aku sehelai kemeja.
Namakuku Boss. Aku dilahirkan di sebuah kedai jahit yang terletak di Pulau
Pinang. Badanku dihiasi dengan corak-corak menarik yang dilukis sendiri oleh
tuanku . Selepas aku di lahirkan, aku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak
dan kemudian dimuatkan ke dalam lori. Aku telah di hantar ke sebuah gedung
pakaian di Selangor.
Aku telah dipamerkan di
suatu sudut bersama-sama rakanku yang lain. Tanda harga yang diletakkan pada badanku ialah RM120.00. Aku berasa amat bangga kerana dalam kalangan rakanku,
akulah yang paling mahal.
Banyak orang yang memandangku dan memuji akan
kecantikanku. Namun, tiada siapa yang sudi membeliku kerana hargaku yang agak
mahal. Setelah seminggu aku dipamerkan di situ, aku telah dibeli oleh seorang pemuda
yang bernama Zafran.
Zafran memakaiku pada
suatu majlis keramaian di sebuah hotel. Kawan-kawan Zafran memujiku. Setiap
kali sebelum dipakai, Zafran akan menggosokkan badanku dengan seterika yang
panas. Aku berasa amat seronok kerana tuanku amat menyayangiku dan dijaga
dengan elok.
Pada suatu hari, zafran
telah meletakkan aku di atas katil di biliknya. Seekor kucing telah duduk di
atas badanku.Tanpa disedari, badanku telah terguris dan koyak kerana terkena
kuku kucing yang tajam itu. Zafran tidak mengetahui apa-apa yang berlaku kepada
diriku.
Apabila Zafran datang
dan mengambilku, didapatinya badanku telah terkoyak. Dengan perasaan amat marah
dan kecewa, aku dicampakkan ke hadapan pintu bilik air. Kini, aku dijadikan
sebagai alas kaki sehingga akhir hayatku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.