Tulis surat tersebut selengkap.
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,
14000 Simpang Empat,Pulau Pinang.
__________________________________________________________
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang. 05 MAC 2012
Tuan,
Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap
Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.
2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 6 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012
Tempat : Padang Sekolah
Peserta : 40 orang ahli pengakap
3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.
5. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.
Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Aiman Hakim
…………………………………
(AIMAN HAKIM BIN ILHAM)
Setiausaha Persatuan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun.
hohohoho terima kasih.. banyak2 help me lot
ReplyDeleteKenapa Ali Bin Abu dan di bawah ialah Aiman Hakim Bin Ilham.Tetapi karangan itu sungguh baik.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterbitan yang membantu. tahniah
ReplyDelete